Nasi ayam kukus my style
Bahan-Bahan
-1 ekor ayam
-Rebus dengan 2 inci halia
-7 ulas bawang putih
-2 biji kiub ayam
-Air suke la nak banyak mana
Kuah cili
-5 tangkai cili merah
-1 labu bwang besar
-3 biji tomato sederhana besar
-6 sudu makan sos cili
-4 sudu makan gula
Blend semua dan masak atas api sederhana...bila mendidih angkat dan sejukkan
Ini nak buat nasi nya..saya suka kukus..tumis bawang besar 1 labu ricih halus..dengan bawang putih dlm 5 ulas..masukkan 1 biji kiub ayam..
Bila bawang agak garing..boleh masukkan beras dlm 2 pot..beras basuh bersih dulu lepas itu toskan air..
macam inilah jadinya
beras yang dah di tumis tadi masuk dalam loyang untuk kukus..
Beras tadi dah masuk dalam loyang lepas itu bolehlah masukkan air rebusan ayam tadi.. masak macam kita nak masak nasi biasalah
Ni sayur untuk sup nanti
Ok bila ayam dah tadi boleh angkat.. toskan air.. sup ini boleh kita masukkan sayur2 tadi.. kecuali daun sup dan daun bawang
Ok untuk perap ayam saya guna 3 bahan
-Tiram 4 sd makan
-Kicap bilal lemak manis 7 sd makan
-3 sudu makan madu
Gaul2 sampi sebati.. perap dalam 15 minit
Macam ini ok
Tutup dan masukkan dalam peti ais
Sup yang dah siap tadi taburkan daun sup dan daun bawang lepas itu tutup..
Ok ayam yang dah perap 15 minit tadi boleh lah goreng dengan api sederhana...goreng sekejap je..dalam 1 minit...yang sebelah pun 1 minit gak
Hati2.. kalau takut merecik tutup lah kuali itu
Ni kicap hitamnya..hehehe
Bahannya
Balance yang perap
ayam tadi itu masuk dlm periuk.. lepas itu tambah air sup dan sedikit
kicap masin.. didihkan sekejap.. angkat..
Ni ayam yang dah siap goreng.. ayamnya lua garing... dalam juicy...
Yang penting dalamnya tak berdarah.. tapi masih lembut tak keras walau kita goreng
Nasi yang dah siap kukus tadi..
Adehhh sedap bak hanggg hahaha
Sup ini makan camni je pun dah sedap..nyummmmyyyy
Ok bleh la makan.. selamat mencuba