Bahan-bahan untuk MOI/NASI LEMBIK
-2 cawan beras
-5 cawan atau 6 cawan air
(masak nasi mcm biasa.. sehingga air kering)
Bahan-bahan untuk kuah sup
-daging 1/2 kilo @ ayam sebelah
Daging tak perlu potong kecik2.
-1 bungkus sup bunjut adabi
-5 ulas bwng putih(tumbuk halus)
- halia sebesar ibu jari (tumbuk bagi pecah)
-kicap
-gula
-garam
-perasa tambahan
-air 1 liter
Cara buat sup
-tumis bahan tumbuk sehingga wangi
-masukkan air dan jgk daging atau ayam..
-bila daging dah lembut masukkan kicap sedikit sahaja.. nak bagi warna manja-manja masukkan sup bunjut.. perasakan dengan garam dan gula..
SAYUR/ULAM
-kankung
-sawi *sayur lain tak ngm
sayur tak perlu celur.. cukup sekadar rendam dalam air.. nanti nak makan siram dengan kuah sup panas..
Tambahan
-ikan bilis goreng
-bawang goreng
-asam limau nipis
-lada sulah
-minyak bawang putih
-cili jeruk
-cabai kicap
Cara buat cabai kicap
-blender cili padi hijau.. masukkan kicap dan cuka..
Perasakan dgn garam sedikit..
nak makan masukkan moi dlm mangkuk.. masukkan sayuran.. baru masukkan kuah yg panas.. daging nk mkn baru potong kecil-kecil..
selepas itu baru masukkan tambahan ikan bilis.. bawang goreng.. minyak bawang putih.. tambah cabai kicap.. cili jeruk..