Bahan-Bahan
1) 1 ekor itik saiz sederhana
2) 3 hirisan halia
3) 2 kuntum bunga lawang
4) Air
5) 2 sudu besar minyak
Bahan Perasa: (digaul bersama)
1) 1 sudu besar serbuk rempah lima rasa (five-spice)
2) 1 sudu kecil lada hitam
3) 5 sudu besar kicap pekat
4) 5 sudu besar kicap soya
5) 3 sudu besar gula
6) Sedikit garam
Cara Memasak
1) Bersihkan itik.
2) Sapukan bahan-bahan perasa seluruh badan itik luar dan dalam. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
3) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halia hingga naik bau dan masukkan itik. Biarkan itik dimasak
dalam periuk dengan api yang perlahan.
4) Selepas itu masukkan 500ml / 2 gelas air, bahan-bahan perasa ke dalam periuk. Tambahkan air biar itik
terendam dalam periuk. Masukkan bunga lawang.
5) Tutup periuk, kuatkan sedikit api dan biarkan hingga mendidih. Lepas itu perlahankan api dan biarkan itik
mereneh dalam
periuk lebih kurang dalam satu setengah jam (1 1/2 jam). Balikkan itik sekali-sekala untuk itik masak
dengan elok.
6) Apabila itik sudah lembut, buka penutup periuk dan biarkan sehingga air menjadi pekat.
7) Bila sudah pekat, keluarkan itik dari periuk. Potongkan bahagian itik kecil-kecil dan hidangkan.