Bahan-bahan:
Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.
2 biji kuning telor. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.
Cara:
- Mula-mula sediakan telornya.
- Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telor yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan.
- Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik.
- Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat,
tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap.
- Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit
sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan.
- Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah
cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih.
- Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan gula sedikit dan masukkan telor goreng tadi...kacau
cepat-cepat dan tutup api. Siap.