Bahan dan Cara Penyediaan:
.
Masakkan beras yang dicampur dengan air..
Masak macam nak buat kanji(lebihkan air)
Masukkan 3 batang serai yang diketuk
Halia yang dipotong mayang
Isi ayam yang dipotong kecik2
Udang..sotong yang dipotong kecik2
Masukkan semua bila nasi dah mendidih
Biarkan nasi menjadi bubur..
.
Bubuh santan sedikit
Masukkan garam..lada hitam..sedikit perencah ayam maggi
.
Sambil itu sediakan...
Bawang merah..bawang putih..halia ..lobak masin ,semua dihiris halus..
Agak-agak sahaja bahan-bahan ini..
.
Panaskan kuali..
Tuang sedikit minyak sapi..tak nak pun tak pe..
Tambah minyak masak biasa..
Goreng bahan hirisan hingga garing
Curah semua ke atas bubur lambuk tadi..
Kacau sebati..
.
Potong halus cili besar hijau dan merah..buang bijinya..
Potong halus daun sup daun bawang
Masuk semua ke dalam bubur..
Kacau sebati..
Cantik sangat rupa bubur kita..ceria
Ada warna merah..hijau..perang..
Tengok sahaja dah selera...
Boleh dihidangkan...
.
Nota..
.
Nak bubuh daging pun boleh..
Potong halus2 daging masukkan dalam nasi di awal kita masak tadi.