Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
- 420gram tepung roti
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar shortening@butter
- 1 biji telur
- 220ml susu segar suam
- 6gram yis
- 40gram gula
- 2 sudu besar plain yogurt atau natural yogurt
- sedikit cornmeal untuk salut pada english muffins
(saya sukakan english muffin yang teksturnya agak padat seperti roti, jadinye bahan telur dan yogurt itu sangat membantu untuk mendapatkan tekstur yang saya inginkan, selain dari itu, muffin ini padat dan lembut, makan satu pun dah kenyang )
Cara-caranya ( Doh Roti)
- Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
- Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, terap doh memanjang, ketebalan doh lebih kurang 1/2 inci, kemudian ambil gelas dan tekap pada doh, untuk dijadikan bentuk bulat se akan english muffins. Ulang langkah tadi sehingga semua doh habis, salut setiap muffins dengan cornmeal. Biarkan english muffins naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 ke 40 minit.
- Setelah semua english muffins naik dua kali ganda, ambil frypan, dan alaskan fry pan dengan baking sheets atau kertas minyak, gunakan api perlahan untuk panaskan frypan, setelah agak frypan agak panas, kecilkan api dan letakkan english muffins tadi di atas baking sheet di dalam fry pan tadi dan biarkan perang permukaan bawahnye nye, masa lebih kurang 8 ke 10 minit, balikan dan masak permukaan satu lagi, pastikan kedua2 bahagian eglish muffin perang.
- Angkat dan boleh dibelah dua, apabila ingin dimakan grill sebentar english muffins yang dibelah dua tadi supaya permukaan nya garing, dan bolehlah dimakan bersama jem ataupun letakkan daging burge di dalamnye, Selamat Mencuba.