Bahan-Bahan:
1) 10 biji cili Thailand merah
2) 10 biji cili Thailand hijau
3) 1 inci belacan
4) 1/2 biji bawang besar hiris
5) 2 ulas bawang putih hiris
6) 1 sudu air asam jawa pekat
7) Sedikit minyak
8) Garam dan gula
Cara Membuat:
1) Panaskan sedikit minyak, dan gorenglah cili merah, hijau, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan layu.
2) Kemudian masukan belacan yang telah di hancurkan dan goreng lah dengan api yang agak perlahan (Seketika sahaja).
3) Apabila sudah masak semua boleh lah diangkat dan toskan
4) Masukan bahan goreng ni dalam pengisar kering dan kisar seketika (Jangan hancur sangat)
5) Akhirnya, tambah garam,gula dan air asam jawa
6) Hidangkan dengan ulaman kegemaran.
~ Selamat Menjamu Selera . Pasti Terangkat