Bahan-Bahan:
1. 500gm udang saiz sederhana
2. 300ml santan pekat
3. 60gm kerisik
4. 20gm daun kunyit
5. 5gm daun limau purut
6. 10gm asam gelugur
7. Gula merah secukupnya
8. Garam dan gula secukup rasa
9. Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
1. 20gm cili kering
2. 10gm cili burung
3. 100gm bawang besar
4. 50gm bawang putih
5. 30gm serai
6. 20gm halia
7. 20gm lengkuas
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau rata.
3. Masukkan udang dan santan pekat. Biarkan mendidih dengan api perlahan.
4. Setelah itu masukkan asam gelugur dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan kerisik dan biarkan sehingga kuah pekat.
6. Sedia dihidangkan.