Bahan-Bahan:
✔2 batang mee lidi / 2 kati mee basah
✔1 labu bawang putih
✔1 camca teh blackpepper (ditumbuk)
✔100g daging lembu
✔100g sayur sawi
✔daung bawang & daun sup
✔5 camca besar minyak masak
✔50ml sos cili
✔50ml kicap masin
✔garam secukup rasa
✔400 ml air
Cara- Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging, goreng hingga kering air. masukkan blackpepper.
- Masukkan sos cili dan kicap masin, kacau sebentar. Masukkan air. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan batang sayur, tunggu hingga lembut.
- Masukkan mee dan daun sawi serentak. Apabila mendidih, hidangkan mee.
Cadangan Hidangan:
✔✔Tabur daun bawang dan daun sup. Hidangan ini cukup untuk 6 orang.
Tambahan:
✔✔Boleh dihidangkan bersama sambal kicap.