Bahan A:
1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
2 sudu makan pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kesturi
1 biji tomato (dipotong 6)
2 biji limau kesturi
aluminium foil
Bahan B:
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara membuat
- gaulkan semua bahan B bersama pes tomyam dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.)
- letakkan ikan, tomato dan daun limau purut. kemudian bungkus kemas.
- bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30minit.
- perahkan limau semasa menghidang.