Bahan-bahan
1) 500 gm daging -dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
2) 1 biji bawang besar - di hiris
3) 1 biji capsicum hijau - di potong
4) 1 cm halia - di ketuk
5) 2 ulas bawang putih - di ketuk
6) 2 sudu besar sos cili
7) 2 sudu besar sos tomato
8) 2 sudu besar sos tiram
9) Garam secukup rasa
Cara Memasak
1) Panaskan minyak.
2) Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum.
3) Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.
4) Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging.
5) Masukkan sedikit garam
6) Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat.
7) Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang
8) Angkat dan sedia dihidangkan.
9) Taburkan daun sup, daun bawang dan kacang buncis (jika mahu)