Bahan-Bahan
-375 gram tepung gandum
-125 gram tepung naik sendiri
-125 ml plain yogurt
-1 sudu kecil serbuk yeast
-250 ml air suam
-1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
-1 sudu besar gula
-sedikit garam
Bahan Toping/Inti :-50 gram cheddar cheese / cheesedale
Caranya :-Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih.
-Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.
-Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit.
-Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).
-Canai leper taburkan cheese atau letakkan cheesedale dan kemaskan utk elakkan cheese terkeluar.
-Bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik.