Bahan Masakan:
- 1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
- 1 genggam sayur kailan
- 2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
- 1 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
- 1 camca sos tiram
- 1/4 cawan air masak
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara Penyediaan:
- Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
- Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
- Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.
- Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau nipis jika mahu.
P/s: Sayur kailan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan ikan bakar, atau pun apa-apa seafood
punya lauk. Jangan lupa hidangkan bersama air Jus Tembikai Laici barulah hidangan jadi meriah. =)